Social Icons

May 23, 2011

KEMBARA KESYUKURAN KE BEIJING, CHINA

Bergambar di Tembok Besar China

Alhamdulillah seramai 25 ahli jemaah telah menziarahi Beijing. Banyak pengalaman yang dapat diambil selama 5H/4M berada di Beijing. Hotel Mejistec bertaraf 4 * tempat menginap amat selesa. Antara kemuncak lawatan ialah ke Tembok Besar China. Sekian lama hanya melihat di gambar sahaja, akan tetapi  kali ini semua jemaah dapat melihatnya sendiri. Tembok sepanjang 6000 km lebih itu difahamkan mengambil masa 2 tahun lebih untuk berjalan kaki. Bagaimana seni bina tersebut  dapat dihasilkan sebelum hijrah lagi dalam keadaan tidak terdapat teknologi canggih seperti dewasa ini. Namun demikian semuanya hendaklah dikembalikan kepada kekuasaan ILAHI...itulah tazkirah yang telah saya sampaikan dalam Masjid tertua di Bejing selepas solat Zohor/Asar Jama' Taqdim.

May 11, 2011

ARTIKEL ZIARAH ULAMA' HIJAZ (SYRIA,JORDAN & MESIR) MAJALAH ANIS

Assalamualaikum wrt wbt peserta Pakej Ziarah Ulama' Hijaz yang lepas;

Adalah dimaklumkan Artikel Pakej akan diterbitkan oleh Majalah Anis setelah melihat keunikan Pakej yang dianjurkan oleh PAKSI dgn kerjasama SUHBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD.

Justeru adalah diharapkan semua peserta pakej jangan ketinggalan untuk memiliki Majalah ANIS keluaran Jun 2011 yang akan berada di pasaran pada mimnggu hadapan.

Salam hormat;
Us Khairul Anuar bin Ahmad;
Penyelaras Pakej