Social Icons

Nov 14, 2011

SEKITAR PENYERTAAN DI SEMINAR HAJI ANTARABANGSA




Alhamdulillah, berkat doa daripada semua, saya terpilih menyertai seminar di atas dan membentangkan satu kertas kerja berkaitan dengan sejarah Umat Melayu menunaikan haji. Pengerusi sesi pembentangan  adalah Prof Dr Ahmad dari Universiti Islam Madinah al-Munawwarah. Saya bersama dengan 3 orang ahli Panel dari Turki; Prof Dr Zakaria, dari Arab Saudi Dr Abdul Ghafur dan dari Jordan Prof Dr Solah.

Masa adalah selama 15 minit dan dibuka sesi soal jawab. Saya menerima banyak soalan dari peserta meminta penjelasan tentang Jemaah Haji Malaysia. Alhamdulillah saya telah menjawab dengan menerangkan proses latihan yang dilaksanakan oleh Tabung Haji.

Gambar-gambar seterusnya akan dimuatkan dalam masa terdekat.
Salam hormat;
Us Khairul Anuar Ahmad;
Makkah al-Mukarramah