Social Icons

Dec 28, 2015

UMRAH ZIARAH MUSCAT, OMAN

Alhamdulillah, group Umrah Suhbah Travel ziarah Oman selamat menunaikan umrah. Jemaah sempat ziarah Muscat, Oman satu bandar yang amat bersih dengan seni binanya yang tersusun indah. Di Madinah dan Mekah sempat menunaikan Umrah beberapa kali, qiyamulail, khatam al-Quran dan ziarah sekitar mekah dan Madinah. Antara yang menarik ialah sempat mendaki Gua Hira'. Terima Kasih kepada semua jemaah. Umrah Mabrurah. Amin

Oct 3, 2015

REHLAH ILMIAH KE BANDUNG CUTI SEK SEP 2015

 
Alhamdulillah, jamaah Suhbah Travel & Tours berada di Bandung selama 4H3M. Antara lawatan utama ialah; Pasentren Babusssalam dan darul Tauhid. Justeru Rehlah ini dinamakan Rehlah Pasentren Bandung. Tidak ketinggalan berbelanjan di Pasar Baru dengan produk tempatan yang amat murah dan juga di Cibaduyut dengan produk kulit yang amat memukau. Terima Kasih kepada semua ahli jemaah.

Jun 16, 2015

KEMBARA ILMIAH UZBEKISTAN & ISTANBUL


Alhamdulillah Kembara Ilmiah ke Uzbekistan dan Istanbul telah berjaya. Seramai 52 paxs telah menyertai Kembara ini. Sepanjang Kembara Ilmiah ini anata tempat ziarah utama di Istanbul ialah:
Masjid Biru, Muzium Tokapi, Ayu Sofia dan menyusuri Selat Bosporos yang memisahkan antara Asia dan Eropah. Jemaah juga dibawa melawat satu Pusat Tahfiz terkenal di Istanbu. Banyak pengalaman berharga sepanjang Kembara ini. Negara kedua yang dilawati ialah Uzbekistan yang menempatkan Maqam Auliya dan Muhaddis terkenal iaitu Imam Bukhari dan Imam Termizi. Perjalan begitu jauh untuk ziarah Maqam Imam Termizi yang berhampiran sempadan Afghanistan. Namun keletihan itu berbaloi apabila dapat menziarahinya.

Apr 28, 2015

PAKEJ UMRAH CUTI SEK MUSIM SEJUK 2015

1. Umrah transit Muscat Oman : 08 - 20 Dec 2015. Harga dari RM 5990.00
 (Oman Air melalui Medinah)

2. Umrah ziarah Mesir : 08 - 20 Dec 2015 . Harga dari RM 5990.00
(Egypt Air melalui Medinah)

3. Umrah melalui Kuwait: 08 - 22 Dec 2015. Harga dari RM 5990.00
(Kuwait Airways melalui Medinah/Jeddah)


Hotel Mekah: Nawarat al-Syam (+ - 200 M)

Hotel Medinah: Raudah Mubarak (+ - 100 M)

Pebimbing/Mutawif:

1. YB Ustaz Abu Bakar bin Hussein

2. Ustaz Ahmad Adnan Fadhil

3. Ustaz Zamri bin adam

4. Ustaz Syed Sobri

Dijamin bimbingan dan pengisian di Tanah suci sepanjang tempoh pakej.

Pendaftaran dibuka. Setiap penerbangan terhad 48 seat shj.

Sekian, terima kasih.

Wassap/sms/tel :

Us Khairul Anuar bin Ahmad (019-497 8068)

YB Ustaz Abu Bakar bin Hussein (013-5305236)

Us Zamri bin Adam (019-598 4024)

Us Adnan Fadhil (011-10803410)

Jan 14, 2015

SEKITAR UMRAH MUSIM SEJUK DEC 2014

Majlis Bacaan Yasin Berhajat dalam Masjidil Haram

 
Selepas Majlis Kenduri, Penutup, Tahlil dan Doa Selamat di Muzdalifah


Alhamdulillah Pakej Umrah Musim Sejuk Dec 2014 telah disertai 44 peserta. Sepanjang berada di tanah suci Makkah dan Madinah pelbagai acara diadakan. Antaranya ; Kuliah, Puasa Sunat, Qiyamulail dan ziarah. Hotel berdekatan memudahkan para jemaah untuk beribadat. Pakej kali ini para jemaah sempat ziarah Amman, Jordan. Antaranya ziarah Ashabul Kahfi dan Maqam Nabi Syuaib A.S. Terima kasih kepada semua.