Social Icons

Dec 23, 2010

PAKEJ ZIARAH ULAMA' HIJAZ

Pengisian majlis bersama Prof Dr Syeikh Abd Latif Al-Farfur ialah:

1. Syeikh bertemu dan bersalaman dengan semua jemaah..diiringi alunan nasyid salawat
2. Tazkirah ringkad dari Syeikh
3. Solat Maghrib/isyak Jama' Taqdim di Masjid berhadapan dengan rumah Syeikh
4. Jamuan makan dengan hidangan masakan Arab/Buahan/Kuih Muih arab dan minuman
5. Majlis Hadarah/Nasyid
6. Penyampaiyan ijazah
7. Bai'ah bersama Syeikh
8. Wasiat dari Syeikh
9. Majlis bersurai

Hari Kedua di Damsyiq:

Selepas solat subuh berjemaah diikuti kuliah subuh di surau Hotel Nuruddin, maka lawatan diteruskan dengan Ziarah Muzium Perang, Takiyah Sulaimaniyah, bazar kraftangan Syria/Pasar membuat bahan2 kaca dll. Lawatan diteruskan ke Pasar Lama Damsyiq diikuti, rumah persinggah Solahuddin al-Ayubi. Seterusnya ke Maqam Syeikh Arsalan, Soleh al-Farfur dengan tazkirah oleh Syeikh adnan. Masjid berdekatan Maqam kami solat Zohor dan Asar berjemaah. Setrusnya ke Restoran Arab di Jamatiyah dengan hidangan ang menyelerakan.....selepas makan bersiar-siar di kedai halawiyat Arab........ramai jemaah yang tidak lepas peluang membelinya.....Akhirnya setelah sehari suntuk berjalan, pulang ke Hotel berehat selepas solat Isyak dan Maghrib.

Dec 15, 2010

ZIARAH ULAMA' HIJAZ (SYRIA, JORDAN, MESIR)

Alhamdulillah, berkat doa semua PAKEJ ZIARAH ULAMA' HIJAZ yang julung kali diadakan dapat dilaksanakan dengan berjaya. Seramai 49 orang kalangan sahabat dan kenalan dari PAKSI telah ikut bersama. Perjalanan bermula pada 02.12.2010 menuju ke Damsyiq bumi Anbiya dengan penerbangan Kuwait Air. Setelah transit selama 2 jam di Kuwait, perjalanan diteruskan ke Damsyiq. Suanana cuaca yang mula sejuk menyambut kedatangan kami....Jemaah disambut oleh kenalan lama saya seperguruan dengan Syeikh ketika saya di Damsyiq iaitu sahabat mulia; Abd Rahman al-Kurdi.

Penginapan di Hotel Nuruddin 3 * yang sederhana, tempat menginap kami. Aturcara bermula dengan sambungan yang amat luar biasa oleh murabbiku; Prof Dr Abd Latif Soleh al-Farfur...dengan alunan nasyid oleh kumpulan nasyid terkenal di Damsyiq....hidangan yang pelbagai....menyebabkan jemaah terharu.....

Berita akan disambung kemudian...

Nov 30, 2010

Gambar Umrah Jun 2010

Gambar Umrah Jun 2010

UMRAH JUN 2010

Alhamdulillah UMRAH JUN 2010 dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jumlah jemaah seramai 35 orang.
Berkat bekerja dengan Jemaah, maka perjalanan jemaah berjalan lancar. Pengisian sepanjang PAKEJ diutamakan. Sesi tazkirah, kuliah, puasa sunat dan majlis penutup dapat diadakan sepanjang Pakej selama 13 H/11 M. Di penghujung Pakej, pasa peserta dibawa melawat ke Pasar Buah-buahan Makkah al-Mukarramah dan Kawasan penyembelihan. Satu pengalaman baru kepada para jemaah disamping melawat ke ladang unta dan Muzium dua tanah haram.

Nov 21, 2010

Lawatan Ke Acheh Darussalam

Lawatan ke Aceh Darussalm. Antara tempat lawatan yang dilawati ialah kesan-kesan thunami....dan diadakan pertemuan rasmi dengan Majlis Ulama' Aceh.....banyak manfaat yang diperolehi.

Pakej akan datang ialah pada bulan Feb 2011 (cuti tahun baru cina)

Rehlah Ilmiah Ke Padang & Bukit Tinggi

Lawatan ke Padang dan Bukit Tinggi

Rehlah Ilmiah ke Berunei

Lawatan ke Berunei Darussalam pada 7-10 Oktober 2010. Antara tempat-tempat lawatan menarik ialah Kawasan pengeluaran minyak utama Berunei dan Institut Tahfiz Berunei.
Lawatan ke China April 2010. Antara tempat lawaan ialah Maqam Saad bin Abi Waqas dan tempat-tempat sejarah yang lain.