Social Icons

Jan 29, 2011

Restoran Makan Siang pada hari ke 4 di Jakarta (Masakan Padang)

Menyampaikan Cenderahati Kepada Wakil Imam Besar Masjid Istiqlal, Jakarta

Perjalanan diteruskan menerusi jalur PUNCAK ke Jakarta dan singgah makan malam. Masakan ala Padang disediakan. Keesokannya di Jakarta ziarah Masjid Istiqlal. Kami disambut oleh rakan lama saya dan diebrikan taklimat oleh AJK Masjid. Unik dan menarik seni binanya. Mempunyai lima aras tempat solat, menandakan rukun Islam yang lima. Idea senibina dicetuskan oleh Manta residen Indonesia, Sukarno. Sesuai dengan namanya; ISTIQLAL, maka memang merdeka dari segi aktivitinya. Semua kuliah disiarkan secara 'live' di Radio Jakarta. Nasib kami tidak kesampaiana untuk bertemu dengan Imam Besar disebabkan ada acara rasmi yang lebih utama untuk dihadirinya walaupun penulis telah utuskan surat rasmi. Namun kami diberi taklimat yang jelas. Pihak kami YAYASAN PAKSI menyampaikan cenderahati yang merupakan buku karya penulis sendiri.

Seterusnya Peserta di bawa 'putar-putar' Bandaraya JAKARTA dengen melihat beberapa Mercu Tanda Jakarta. Antara yang menariknya ialah berputar dalam Mini Budaya Indonesia dimana didalamnya dibina seni bina rumah mengikut budaya yang pelbagai di Indonesia. Dengan penduduk melebihi ratusan juta, maka berbagai budaya. Melawatinya, maka seperti kita melawati seluruh kepulauan Indonesia. Seterusnya ke Mangga Dua, satu pusat membeli belah terkemuka di Jakarta. Akhirnya pada hari tersebut solat di salah sebuah Masjid berdekatan degan Restoran di Jakarta.

(catatan seterunya ialah Acara Kemuncak; iaitu Lawatan ke Pusat Kajian Hadis)


No comments:

Post a Comment