Bersama Sahabat Lama Dr Ahmad Lutfi Fathuallah, Pengasas Pusat Kajian Hadis Jakarta (Kanan Sekali)
Keesokannya (15 Januari 2011), selepas Solat Subuh berjemaah di Masjid berhampiran hotel, para peserta berkumpul di dewan makan hotel untuk sesi Tazkirah. Penulis menghuraikan hadis berkaitan dengan TAQWA, bagaimana untuk direalisasikan semasa dalam musafir.
Selepas kuliah, para peserta sarapan pagi di dewan makan hotel dengan sajian ala Indonesia. Seterusnya chek out hotel untuk aturcara di Bandung. Destinasi pertama ialah di Pasar Atas Bandung. Selama sejam setengah dipertuntukkan masa untuk membeli ole-ole Bandung. Kelihatan banyak barang-barang yang sempat peserta dapatkan. Antaranya baju-baju tenunan Bandung, Cenderahati, Batik dan sebagainya. Seterusnya bertolak ke Tangkuban Perahu untuk menikmati suasana di atas pergunungan. Cuaca amat sejuk disebabkan baru hujan. Kelihatan gunung berapi yang masih berasap. Suasana kurang selesa disebabkan karenah penjual-penjual jalanan....yang merayu dan memaksa peserta untuk membeli barangan jualan mereka. Penulis teah mengingatkan peseta supaya tida tertipu dengan karenah para penjual tersebut. Selesai sesi bergambar, ami bertolak ke Jakarta melalui jalur PUNCAK. Suasana sepanjang perjalanan amat sayup mata memandang dengan dikelilingi suasana gunung ganang yang menghijau. Akan tetapi waktu sudah beransur senja. Kami sampai puncak disambut oleh azan Isyak. Justeru semua jemaah solat Maghrib/Isyak Jama' Taakhir di Masjid PUNCAK. Masjid yang amat indah dengan lanskapnya di kaki bukit. Cuaca amat dingin sekali. Sementara menunggu jemaah muslimat selesai solat, penulis dengan teman setia, Chef Din 'pekena', BAKSO PUNCAK......Amat enak sekali......berbeza dengan bakso di Malaysia. Chef Din selaku Chef berpengalaman tidak lepas peluang menemuramah IBU ANI yang menyediakan menu BAKSO tersebut.
(Catatan akan bersambung)
No comments:
Post a Comment