Malamya terakhir di Jakarta penulis dengan degan dibantu oleh Bapa Sukarno, SU Yayasan PAKSI melaksanakan majlis muhasabah dan sedikit kuiz di Surau yang didirikan Jumaat lantai 2 Hotel Alia Cikini. Alhamdulillah banyak muhasabah dapat diambil. Seterusnya penulis memaklumkan acara terakhir kita di Jakarta ialah ziarah Pusat Kajian Hadis. Keesokannya selepas solat subuh diikuti tazkirah ringkas pihak kami terus ke sahaja ke Pekan Kuningan, Jakarta. Satu-satunya pekan keci di pinggir Jakarta. Alhamdulillah rombongan kami disambut dengan sambutan yang amat meriah. Acara sambutan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Yayasan al-Mughni, persembahan anak-anak sekolah dan pembentangan usaha murni Dr Ahmad Lutfi Fathullah. Sema jemaah amat terpegun dan kagum dengan usaha yang dilaksanakan. Seperkara yang perlu dimaklumlan ialah, dua pelajar belasan tahun (Tahun 5 dan Enam) mencadoi juruacara majlis. Yang amat menarik sekali vahasa yang digunakannya ialah dalam baasa English. Fasih dan petah bercakap. Penulis terus bertanya kepada Dr Ahmad Fathuallah. Difahamkan bahasa dikuasai didalam sekolah Yayasan al-Mughni dan Pusat Kajian Hadis.
Sepanjang persembahan perkembangan usaha yayasan al-Mughni antaranya ialah:
1. Ensklopedia Riwayat Hidup Rasulullah saw.
2. Gambaran syurga-neraka mengikut al-Quran
3. Hadis Sohih Bukhari
4. Ibadat Haji dan Umrah
Semuanya dalam bentuk VCD dan DVD dan dalam prisian komputer.
kami dibawa melawat projek bangunan yang dianggarkan sekitar 2 juta RM yang dalam proses pembangungannnya
Persembahan dari murid-murid Sek Agama Yayasan al-Mughni (Pusat Kajian Hadis) Jakarta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment