Social Icons

Jan 10, 2011

ATURCARA PAKEJ ZIARAH ULAMA' HIJAZ DI JORDAN


Majlis Bersama Al-'Alamah Syeikh Hassan al-Saqqaf di Amman, Jordan

Perjalanan di Jordan:
Alhamdulillah, setelah Solat Subuh Berjemaah di Masjid berdekatan Hotel, para jemaah diminta berada di dewan makan untuk sesi tazkirah & taklimat. Semua peserta diminta berada di lobo Hotel tepat jam 8.30 am untuk sesi lawatan di Jordan. Tempat pertama lawatan ialah Maqam Nabi Syuaib a.s dan diikuti Laut Mati. Setelah itu peserta di bawa ke gerai cenderahati. Makan tengahari di Restoran Melayu-Arab. Suasana amat indah dengan dikelilingi oleh kebun zaitun dan limau. Selera Melayu kembali semula setelah 5 hari tidak rasa makanan Melayu. Seleas itu ke Masjid Negara Jordan. Akhirnya kembali ke hotel lebih awal untuk bersiap menghadiri majlis ilmu bersama seorang ulama' Jordan yang terkenal....iaitu Syeikh Hasan A-Saqaf. Beliau teleh mengarang kitab lebih dari 100 buah kitab dalam berbagai bidang ilmu. Penulis menjadi pengerusi dan penterjemah. Banyak nasihat yang diberikan dan mendoakan semoga PAKSI terus maju dan diberkati oleh ALLAH SWT.

***rencana akan bersambung disebabkan masa penulis yang agak terhad.

No comments:

Post a Comment