Bergambar di Tembok Besar China
Alhamdulillah seramai 25 ahli jemaah telah menziarahi Beijing. Banyak pengalaman yang dapat diambil selama 5H/4M berada di Beijing. Hotel Mejistec bertaraf 4 * tempat menginap amat selesa. Antara kemuncak lawatan ialah ke Tembok Besar China. Sekian lama hanya melihat di gambar sahaja, akan tetapi kali ini semua jemaah dapat melihatnya sendiri. Tembok sepanjang 6000 km lebih itu difahamkan mengambil masa 2 tahun lebih untuk berjalan kaki. Bagaimana seni bina tersebut dapat dihasilkan sebelum hijrah lagi dalam keadaan tidak terdapat teknologi canggih seperti dewasa ini. Namun demikian semuanya hendaklah dikembalikan kepada kekuasaan ILAHI...itulah tazkirah yang telah saya sampaikan dalam Masjid tertua di Bejing selepas solat Zohor/Asar Jama' Taqdim.
No comments:
Post a Comment