Social Icons

Sep 20, 2012

REHLAH ILMIAH SURABAYA & MALANG


REHLAH ILMIAH SURABAYA DAN MALANG
(Kenangan di Air Terjun Malang)
Alhamdulillah seramai 36 orang telah bersama menyertai Rehlah Ilmiah ke Kota Pahlawan Surabaya dan Malang. Antara tempat-tempat menarik sepanjang pakej 4 hari 3 malam ialah:

1. Ziarah Maqam Wali Songo. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ribuan manusia sepanjang masa menziarahi maqamnya. Tidak ada maqam seperti itu di atas muka bumi ini diziarahi sebegitu ramai selepas Maqam Rasulullah saw.

2. Memetik apel di Kebun Apel terbesar di Indonesia dan makan sepuas-puasnya.

3. Ziarah Masjid Cheng Hoo.

4. Melalui jambatan SURAMADU yang menyambungkan antara Kota Surabaya dengan Pulau Madura.

5. Shooping di Pusat Kulit terbesar di Surabaya.

6. Ziarah Masjid Akbar di Surabaya

7. Ziarah Pasentren Syeikh Suffian di Malang.

8. Ke Air Terjun tertinggi di Malang

Disamping pengisian kerohanian sepanjang pakej. Hotel Cendana dan Solaris bertaraf tiga bintang menjadi tempat penginapan peserta.

No comments:

Post a Comment