Social Icons

Nov 25, 2012

KEMBARA ILMIAH (SPAIN, MOROCO & MESIR)

Dihadapan Universiti Darul Hadis, Rabat, Moroco
Alhamdulillah jemaah SUHBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD dengan izin ALLAH swt telah berjaya menziarahi tiga Negara tersebut. Seramai 49 peserta telah ikut serta. Di Mesir antara acara yang istimewa ialah pertemuan dengan Dr Yusri seorang pakar bedah dan ilmuan Hadis dan juga pertemuan dengan Syeikh Ibrahim Kittani di Iskandariah. Selainnya perserta telah ziarahi Maqam Imam Syafie dan melawat pejabat Agong Parti Ikhwan. menyusuri Sungai Nil dan melawat Piramid antara pengalaman yang tidak dapt dilupakan.

Seterusnya peserta meneruskan perjalanan ke Moroco. Airport Casablanca adalah pintu masuk peserta ke negara Afrika tersebut. Keindahan Lautan Meditrenein amat mengasyikkan. Masjid Sultan Mohd Hassan II menjadi lawatan pertama di Casabalanca ataupun dikenali juga dengan Dar al-Baida'. Seterusnya peserta meneruskan perjalanan ke Rabat, Ibu Negara Moroco.

                                         Dihadapan Istana Al-Hamra', Cordoba
Menterjemah Taklimat Oleh Rektor Uni. Darul Hadis

Dihadapan Stadium Terkemuka Dunia....d Madrid, Spain

Dihadapan Istana King Carlos, Madrid, Spain

Acara khusus lawatan ke Darul Hadis, satu institusi pendidikan tinggi yang ternama di Moroco. Teman penulis yang menjadi kenalan semasa Seminar haji Antarabangsa di Makkah al-Mukarramah sedia menunggu kedatangan kami. Taklimat diberikan olek Rektor U.Darul Hadis. Perjalanan diteruskan di Bumi Indah Moroco dengan melawata Fez satu bandar lama di Moroco. Seterusnya ke Meknez, dan Port Tanger, Moroco untuk menaiki kapal melalui Selat Jibralta. Setibanya di Spain, Cordona destinasi pertama. Istana al-Hamra aturcara pertama di Spain diikuti masjid Qordoba.

No comments:

Post a Comment