Social Icons

Jan 5, 2011

Catatan Perjalanan Pakej Ziarah Ulama' Hijaz

Hari seterusnya di Damsyiq. Peserta diminta bersama solat Subuh Berjemaah diikuti tazkirah dan taklimat ringkas. Selepas sarapan peserta terus bertolak ke Bosro untuk ziarah kesan kedatangan Rasulullah ke bumi Syam untuk berdagang dan terus ke Nawa untuk ziarah Imam Nawawi r.a. Setelah tahlil ringkas dan berdoa, maka terus makan tengahari untuk segera ke sempadan Syria-Jordan. Penulis telah mengambil visa di K.Lmpur untuk semua peserta. Justeru tidak lam menunggudi sempadan setelah pengalaman penulis berada di Bumi Anbiya beberapa tahun amat mengetahui sikap Arab yang tidak ada sistem dalam pengurusan.

Perjalanan diteruskan dan sampai di Amman. Hotel Rio Jordan tetap kami menginap. Hotelnya bertaraf 3 * agak sederhana. Namun yang penting penulis memilihnya kerana berdekatan dengan Masjid untuk memudahkan jemaah dan solat di masjid.

(Catatan akan disempurnakan kemudian untuk aturcara di Jordan)

No comments:

Post a Comment