PAKEJ MENGHAYATI MUKJIZAT ISRA' DAN MIKRAJ DAN KHILAFAH UTHMANIYAH TURKIOelah: Us Khairul Anuar bin AhmadMuqaddimahSyukur ke hadrat ALLAH SWT berkat doa semua Pakej yang dinamakan menghayati Mukjizat Isra' dan Mikraj dapat dilaksanakan dengan jayanya. pada dasarnya Pakej ini adalah susulan dari pakej pada tahun lepas iaitu pakej ziarah ulama' hijaz (Syria, Jordan dan mesir). banyak pengalaman sepanjang perjalanan.B.MaqdisSetiap insan muslim mukmin amat berhasrat untuk menziarahi Masjidil Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam. namun realiti pada hari ini amat sedih apabila tempat suci umat Islam ini dibawah jajahan zionis. Berbekal sedikit pengalaman dan semangat ketika penulis dijemput oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu kerajaan Sadi membentangkan kertas kerjas di seminar Haji Antarabangsa, maka penulis tidak lepas peluang untuk merujuk kepada beberapa ulama' muktabar yang turut serta bersama dalam seminar tersebut. maka mereka menggalakkan untuk menziarahi M.Aqsa berbekal kepada hadis Rasulullah saw yang bermaksud:'janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir melainkan ke tiga masjid; 1. masjidil haram, 2. Masjid nabawi, 3. masjidil Aqsa'.maka penulis memulakan usaha menyusun persiapan beberapa bulan sebelum berlepas. Antara persiapan yang amat perlu adalah urusan memasuki ke M.Aqsa disamping urusan-urusan lain.Penerbangan Royal Jordanian berlepas dari KLIA tepat jam 10.00 malam membawa jemaah seramai 70 orang. Terdiri dari berbagai-bagai latar belakang yang majoritinya adalah warga pesara kerajaan. Walaupun ada yang keuzuaran namun semangat yanga ada segala keuzuran tersebut dilupakan. Pesawat RJ mendarat di Amman Jordan setengah jam menghampiri enam pagi. Cuaca dingin musim sejuk menyambut ketibaan kami. Dibimbangi kelewatan urusan imigresen, maka saya arahkan semua jemaah solat subuh di Airport. Setelah selesai urusan imigresen, rombongan kami disambut oleh kenalan lama saya di Jordan dan beberapa kenalan warga Jordan. Kami dibawa terus ke hotel untuk sarapan pagi. Taklimat ringkar diadakan khusus urusan di sempadan. Tepat jam 9 am dua bas Sahara Tour Jordan yang selesa membawa kami terus ke beberapa tempat sekitar AMMAn dalam perjalanan ke sempadan Jordan- Israil. Antara yang kami lawati ialah Maqam nabi Syuaib a.s, Ashabul Kahfi dan Laut Mati dan makan tengahari di Restoran berhampiran Laut Mati yang amat menyelerakan ala masakan arab. Masa bersantai diberikan untuk sesi bergambar di sepanjang persisiran laut mati yang menyimpan sejarah kaum Nabi Lut a.s yang ingkar arahan ALLAH SWT.Perjalanan diteruskan selepas solat Maghrib dan isyak di perjalanan dan menyimpan beg utama di stor simpanan khas bertujuan mengurangkan tekanan keselamatan di sempadan. Alhamdulillah urusan di sempadan berjalan lancar dan difahamkan antara rombongan yang paling cepat hanya memakan masa sejam setengah sahaja. Adapun kebiasaannya lima sehingga enam jam urusan keselamatan di sempadan.Jemaah penulis disambut wakil di Palestin dan terus ke hotel penginapan. Taklimat ringkas diadakan dan keesokannya sejam sebelum subuh, semua jemaah begitu bersemangat. Kami berjalan dari tembok besar ke M.Aqsa yang memakan masa sekitar 20 - 30 minit berjalan kaki. Suasana amat dingin sekali, namun semuanya itu tidak menjadi penghalang. Setibanya di depan M.Aqsa.....maha suci ALLAH....amat tesergam indah kubah yang menghiasi semua media di dunia.............lantas saya amanahkan kepada jemaah untuk sujud syukur setibanya dalam masjid. Setelah solat subuh, kami adakan sesi tazkirah dan pertemuan dengan imam besar dan beliau bersetuju untuk sesi bergambar bersama jemaah. Satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.Selama empat hari 3 malam di B.Maqdis banyak tempat-tempat bersejarah dilawati. Sekitar M.Aqsa, masjid Ibrahimi yang terdapat beberapa maqam anbiya' antaranya Nabi Ibrahim a.s dan juga kami meninjau pemandangan indah B.Maqdis dari bukit zaitun. hari terakhir jemaah singgah ziarah maqam nabi musa a.s dalam perjalanan pulang. Sebelum sampai di sempadan, jemaah dibawa makan di Restoran Jureco. Satu restoran yang bertaraf 5 bintang dengan hidangan beraneka masakan ala arab. Kelihatan jemaah amat selera sekali menjamah masakan arab. Hj Mustafa Kamal, Imam Masjid Sultanah bergurau dengan penulis; 'tak pernah saya makan sebanyak ini'. .Amman, JordanDi jordan:- setelah selamat melepasi sempadan maka bas dari jordan siap sedia menunggu.urusan di sempadan berjalan lancar dgn dibantu teman-teman di jordan.sampai di jordan bas terus ke hotel rio jordan.hotel sederhana tiga bintang ala arab.penulis sengaja memilih hotel tersebut disebabkan lokasinya berdekatan dgn masjid.maka setiap subuh jemaah diwajibkan solat di masjid.selepas solat balik ke hotel untuk sesi tazkirah.acara keesokannya adalah lawatan di muktah.pastinya medan peperangan muktah yang diberi nama bandarnya menjadi lokasi pertama.semua jemaah berada di tapak peperangan dgn diisi slot penghayatan peperangan.“Bayangkan tuan-tuan kita dihujani dgn pedang,panah yang akan mencabut nyawa kita“,itulah antara pengisian yang diberikan.ada kalangan jemaah yang menitiskan air mata mengenangkan betapa besarnya pengorbanan para sahabat.seterusnya jemaah di bawa ziarahi maqam syuhada antaranya abdullah ibn rawahah dan lainnya•selepas solat zohor,makan tengahari disediakan oleh pelajar malaysia dgn tujuan dapat membantu mereka dan juga membuka selera masakan melayu•selepas itu jemaah terus pulang ke amman untuk sesi pertemuan dgn syeikh hassan saqqaf seorang ulama terkenal di amman jordan•banyak taujihat yang diberikan• Penulis selaku penterjemah menterjemahkan dengan disesuaikan realiti di Malaysia.Selama 3H/2M di Jordan, maka hari terakhir tanggal 29 Nov 2011 seawal jam 8 pagi penulis meminta jemaah siap semua bagasi di lobi hotel. Dari hotel kami singgah di Maqam sahabat nabi yang dijanjikan syurga iaitu Abd Rahman bin Auf. Setelah berada seketika di Maqam tersebut, jemaah terus bertolak ke Airport Amman untuk penerbangan ke Istanbul. tepat jam 11.45 PM pesawat RJ berlepas ke istanbul yang mengambil masa sekitar sejam setengah.U.P : Catatan di istanbul akan disambung
Dec 25, 2011
ISTANBUL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment