PAKEJ MENGHAYATI MUKJIZAT ISRA' DAN MIKRAJ DAN KHILAFAH UTHMANIYAH TURKIOelah: Us Khairul Anuar bin AhmadMuqaddimahSyukur ke hadrat ALLAH SWT berkat doa semua Pakej yang dinamakan menghayati Mukjizat Isra' dan Mikraj dapat dilaksanakan dengan jayanya. pada dasarnya Pakej ini adalah susulan dari pakej pada tahun lepas iaitu pakej ziarah ulama' hijaz (Syria, Jordan dan mesir). banyak pengalaman sepanjang perjalanan.B.MaqdisSetiap insan muslim mukmin amat berhasrat untuk menziarahi Masjidil Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam. namun realiti pada hari ini amat sedih apabila tempat suci umat Islam ini dibawah jajahan zionis. Berbekal sedikit pengalaman dan semangat ketika penulis dijemput oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu kerajaan Sadi membentangkan kertas kerjas di seminar Haji Antarabangsa, maka penulis tidak lepas peluang untuk merujuk kepada beberapa ulama' muktabar yang turut serta bersama dalam seminar tersebut. maka mereka menggalakkan untuk menziarahi M.Aqsa berbekal kepada hadis Rasulullah saw yang bermaksud:'janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir melainkan ke tiga masjid; 1. masjidil haram, 2. Masjid nabawi, 3. masjidil Aqsa'.maka penulis memulakan usaha menyusun persiapan beberapa bulan sebelum berlepas. Antara persiapan yang amat perlu adalah urusan memasuki ke M.Aqsa disamping urusan-urusan lain.Penerbangan Royal Jordanian berlepas dari KLIA tepat jam 10.00 malam membawa jemaah seramai 70 orang. Terdiri dari berbagai-bagai latar belakang yang majoritinya adalah warga pesara kerajaan. Walaupun ada yang keuzuaran namun semangat yanga ada segala keuzuran tersebut dilupakan. Pesawat RJ mendarat di Amman Jordan setengah jam menghampiri enam pagi. Cuaca dingin musim sejuk menyambut ketibaan kami. Dibimbangi kelewatan urusan imigresen, maka saya arahkan semua jemaah solat subuh di Airport. Setelah selesai urusan imigresen, rombongan kami disambut oleh kenalan lama saya di Jordan dan beberapa kenalan warga Jordan. Kami dibawa terus ke hotel untuk sarapan pagi. Taklimat ringkar diadakan khusus urusan di sempadan. Tepat jam 9 am dua bas Sahara Tour Jordan yang selesa membawa kami terus ke beberapa tempat sekitar AMMAn dalam perjalanan ke sempadan Jordan- Israil. Antara yang kami lawati ialah Maqam nabi Syuaib a.s, Ashabul Kahfi dan Laut Mati dan makan tengahari di Restoran berhampiran Laut Mati yang amat menyelerakan ala masakan arab. Masa bersantai diberikan untuk sesi bergambar di sepanjang persisiran laut mati yang menyimpan sejarah kaum Nabi Lut a.s yang ingkar arahan ALLAH SWT.Perjalanan diteruskan selepas solat Maghrib dan isyak di perjalanan dan menyimpan beg utama di stor simpanan khas bertujuan mengurangkan tekanan keselamatan di sempadan. Alhamdulillah urusan di sempadan berjalan lancar dan difahamkan antara rombongan yang paling cepat hanya memakan masa sejam setengah sahaja. Adapun kebiasaannya lima sehingga enam jam urusan keselamatan di sempadan.Jemaah penulis disambut wakil di Palestin dan terus ke hotel penginapan. Taklimat ringkas diadakan dan keesokannya sejam sebelum subuh, semua jemaah begitu bersemangat. Kami berjalan dari tembok besar ke M.Aqsa yang memakan masa sekitar 20 - 30 minit berjalan kaki. Suasana amat dingin sekali, namun semuanya itu tidak menjadi penghalang. Setibanya di depan M.Aqsa.....maha suci ALLAH....amat tesergam indah kubah yang menghiasi semua media di dunia.............lantas saya amanahkan kepada jemaah untuk sujud syukur setibanya dalam masjid. Setelah solat subuh, kami adakan sesi tazkirah dan pertemuan dengan imam besar dan beliau bersetuju untuk sesi bergambar bersama jemaah. Satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.Selama empat hari 3 malam di B.Maqdis banyak tempat-tempat bersejarah dilawati. Sekitar M.Aqsa, masjid Ibrahimi yang terdapat beberapa maqam anbiya' antaranya Nabi Ibrahim a.s dan juga kami meninjau pemandangan indah B.Maqdis dari bukit zaitun. hari terakhir jemaah singgah ziarah maqam nabi musa a.s dalam perjalanan pulang. Sebelum sampai di sempadan, jemaah dibawa makan di Restoran Jureco. Satu restoran yang bertaraf 5 bintang dengan hidangan beraneka masakan ala arab. Kelihatan jemaah amat selera sekali menjamah masakan arab. Hj Mustafa Kamal, Imam Masjid Sultanah bergurau dengan penulis; 'tak pernah saya makan sebanyak ini'. .Amman, JordanDi jordan:- setelah selamat melepasi sempadan maka bas dari jordan siap sedia menunggu.urusan di sempadan berjalan lancar dgn dibantu teman-teman di jordan.sampai di jordan bas terus ke hotel rio jordan.hotel sederhana tiga bintang ala arab.penulis sengaja memilih hotel tersebut disebabkan lokasinya berdekatan dgn masjid.maka setiap subuh jemaah diwajibkan solat di masjid.selepas solat balik ke hotel untuk sesi tazkirah.acara keesokannya adalah lawatan di muktah.pastinya medan peperangan muktah yang diberi nama bandarnya menjadi lokasi pertama.semua jemaah berada di tapak peperangan dgn diisi slot penghayatan peperangan.“Bayangkan tuan-tuan kita dihujani dgn pedang,panah yang akan mencabut nyawa kita“,itulah antara pengisian yang diberikan.ada kalangan jemaah yang menitiskan air mata mengenangkan betapa besarnya pengorbanan para sahabat.seterusnya jemaah di bawa ziarahi maqam syuhada antaranya abdullah ibn rawahah dan lainnya•selepas solat zohor,makan tengahari disediakan oleh pelajar malaysia dgn tujuan dapat membantu mereka dan juga membuka selera masakan melayu•selepas itu jemaah terus pulang ke amman untuk sesi pertemuan dgn syeikh hassan saqqaf seorang ulama terkenal di amman jordan•banyak taujihat yang diberikan• Penulis selaku penterjemah menterjemahkan dengan disesuaikan realiti di Malaysia.Selama 3H/2M di Jordan, maka hari terakhir tanggal 29 Nov 2011 seawal jam 8 pagi penulis meminta jemaah siap semua bagasi di lobi hotel. Dari hotel kami singgah di Maqam sahabat nabi yang dijanjikan syurga iaitu Abd Rahman bin Auf. Setelah berada seketika di Maqam tersebut, jemaah terus bertolak ke Airport Amman untuk penerbangan ke Istanbul. tepat jam 11.45 PM pesawat RJ berlepas ke istanbul yang mengambil masa sekitar sejam setengah.U.P : Catatan di istanbul akan disambung
Dec 25, 2011
ISTANBUL
Dec 12, 2011
SEKITAR PAKEJ KE B.MAQDIS,JORDAN & ISTANBUL
Dec 9, 2011
B.MAQDIS, JORDAN & ISTANBUL
Bergambar setelah selesai lawatan di Istanbul.
Alhamdulillah Pakej Menghayati Mukjizat Isra' Mikraj dan Khalifah Uthmaniyah Turki telah berjaya. Seramai 70 peserta telah ikut serta. Banyak pengalaman manis terutamnya di M.Aqsa. Catatan perjalanan akan dirakamkan dalam masa terdekat.
Nov 14, 2011
SEKITAR PENYERTAAN DI SEMINAR HAJI ANTARABANGSA
Alhamdulillah, berkat doa daripada semua, saya terpilih menyertai seminar di atas dan membentangkan satu kertas kerja berkaitan dengan sejarah Umat Melayu menunaikan haji. Pengerusi sesi pembentangan adalah Prof Dr Ahmad dari Universiti Islam Madinah al-Munawwarah. Saya bersama dengan 3 orang ahli Panel dari Turki; Prof Dr Zakaria, dari Arab Saudi Dr Abdul Ghafur dan dari Jordan Prof Dr Solah.
Masa adalah selama 15 minit dan dibuka sesi soal jawab. Saya menerima banyak soalan dari peserta meminta penjelasan tentang Jemaah Haji Malaysia. Alhamdulillah saya telah menjawab dengan menerangkan proses latihan yang dilaksanakan oleh Tabung Haji.
Gambar-gambar seterusnya akan dimuatkan dalam masa terdekat.
Salam hormat;
Us Khairul Anuar Ahmad;
Makkah al-Mukarramah
Oct 26, 2011
MENYERTAI SEMINAR HAJI ANTARABANGSA DI JEDDAH
Assalamualikum wrt wbt;
Dimaklumkan saya akan berada di Mekah al-Mukarramah dari 28 Oktober 2011 sehingga 13 November 2011 ntuk menyertai Seminar Haji Serantau. Alhamdulillah saya terpilih untuk membentangkan satu kertas kerja di Seminar tersebut. Semua perbelanjaan (Flight, Penginapan, Pengangkutan dan Makan Minum) adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi dan berkesempatan untuk menunaikan haji.
Justeru kepada semua peserta Pakej dan yang yang berurusan dengan Suhbah Travel & Tours bolehlah menghubungi saya melalui talian +6019-497 8068 seperti biasa dengan SMS.
Didoakan semoga semua dalam rahmat ALLAH SWT senantiasa....amin.
Salam hormat;
Us Khairul Anuar bin Ahmad
Makkah al-Mukarramah.

Sep 22, 2011
KEMBARA ILMIAH KE MEDAN,DANAU TOBA,BERASTAGI
SEKITAR KEMBARA ILMIAH KE MEDAN,DANAU TOBA,BERASTAGI
Siantar Hotel, Di Persisiran Danau Toba
Dalam Feri ke Pulau Danau Toba
Sumbangan Kpd Rumah Anak Yatim Ibu Aisyah, Medan
Green Garden Hotel, Berastagi
Alhamdulillah, Kembara Ilmiah ke Medan dapat dilaksanakan dgn jaya.Terima kasih kepada semua peserta atas kepercayaan yang diberikan dan maaf atas kekurangan. Terima kasih khusus kepada yang banyak membantu. Antara pengisian sepanjang kembara Ilmiah 3H2M adalah seperti berikut:
1. Lawatan sekitar Kota Medan.
2. Menikmati keindahan Alam Ciptaan ILAHI di Berastagi.
3. Menikmati suasana tepi tasik Danau Toba dengan menginap Hotel di persisisan Danau Toba.
4. Solat Subuh atas kayak berhampiran Siantar Hotel Danau Toba disusuli Kuliah Subuh.
5. Kuliah Subuh dan Taaruf di Hotel Berastagi.
6. Ziarah rumah anak yatim Ibu Aisyah (wakil disebabkan kesuntukan masa)
7. Solat di Masjid Raya PARAPAT.
8. Membeli belah di Kedai Sebaneka (telekong, batik, pelekat dll) di Medan.
Sekian, terima kasih.
Pakej akan datang ke Surabaya menziarahi Wali Songo.
Sep 5, 2011
KEMBARA KESYUKURAN KE SERAMBI MEKAH ACEH DARUSSALAM
KEMBARA KESYUKURAN MENGESAKAN KEAGONGAN ILAHI
13 - 16 JANUARI 2012 (4H/3M)
Assalamualaikum wrt wbt;Memenuhi permintaan peserta, maka SUHBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD menganjurkan untuk kali yang ke 3, REHLAH ILMIAH KE SERAMBI MEKAH ACEH DARUSSALAM DEMI MENGHAYATI KESAN THUNAMI MENGESAKAN KEAGONGAN ILAHI, pada:13 - 16 Januari 2012 (4H/3M) - (cuti keputeraan YDP AGONG - Sultan kedah)dengan harga all in pakej Dari RM 950.00 shj merangkumi:1. Flight: KL - Aceh - KL (pendaftaran awal diperlukan..Air Asia)2. Hotel 3 * (Sultan Hotel)3. Sarapan pagi di Hotel + makan t.hari + makan malam di Restoran tempatan dengan hidangan masakan Aceh dan Padang...amat menyelerakan.4. Pengangkutan sepanjang pakejAturcara adalah seperti berikut:13 Jan 2012 : Tiba di Airport Aceh DarussalamMelawat Kesan-kesan ThunamiChek In HotelSolat Maghrib Isyak di Masjid Baitulrahman14 Jan 2012: Solat Subuh di Masjid Baitulrahmantazkirah /Sarapanmelawat kapal terapung yang dibawa oleh Thunamimelawat pasentren Kiyaie Dr Hasbi Amiruddinmajlis ramah mesra dan taklimat oleh PengurusanSolat Zohor/AsarMasjlid ramah mesra dgn AJK Masjid BaitulrahmanSolat Maghrib/Isyak berjamaah15 jan 2012: Solat Subuh berjemaah/Tazkirah/SarapanZiarah perkuburan syuhada' Thunami dan tahlil ringkasBertolak ke Lambongan (perkampungan thunami)Ziarah perpustakaan tertua di AcehPertemuan dgn gabenor Aceh Darussalam di kantor16 jan 2010: Solat Subuh di masjid b.rahman/majlis penutup/SarapanZiarah ke Universiti Aceh Ar-Raniri dan ramah mesramakan tengahari/Solat Zohor AsarBertolak ke Airport.Sila hubungi atau sms:Us Khairul (019-497 8068)
Aug 16, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Pihak Pengurusan SUHBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD (KPL/LN:6367) mengucapkan kepada semua ahli 'suhbah travel' semoga segala amalan sepanjang Ramadhan al-Mubarak diterima oleh ALLAH SWT.
Salam hormat dari;
Us Khairul Anuar bin Ahmad
019-497 8068
04-924 2257
Untuk makluman Pakej akan datang:
1. Rehlah Ilmiah Medan, Indonesia: (16-18 September 2011) 3H2M harga dari RM 650.00.
(Medan, Berastagi, Danau Toba + bonus pengisian kerohanian ziarah Rumah Anak Yatim Thunami Zibaidiyah, Medan, Indonesia)
2. Pakej Menyusuri Peristiwa Isra' Mikraj, Bumi Anbiya' Jordan, Khilafah Uthmaniyah, Istanbul, Turki: (23 Nov - 05 Dec 2011): RM 7300 all in.
3. Menghayati Bumi Serambi mekah Aceh Darussalam: 13 - 16 Jan 2012. Harga dari RM 900.00
Jul 29, 2011
BADAL (UPAH) HAJI
Assalamualaikum wrt wbt;
Sukacita dimaklumkan pendaftaran upah haji telah dibuka.Harga yang ditetapkan pada tahun ini adalah sebanak RM 1700 sahaja. Pihak Suhbah Travel Sdn Bhd akan memastikan pelaksana kepada upah haji ini adalah kalangan yang berilmu, beramanah dan melaksanakan dengan sebaiknya.
Cenderahati yang akan diberikan ialah air zam-zam 10 liter, sijil, cenderahati dari tanah suci Mekah al-Mukarramah.
Tuan/Puan boleh menghubungi :
Us Khairul: 19-497 8068/Email: suhbahtravel@yahoo.com
Sekian, terima kasih

Jul 12, 2011
PEN AL-QURAN
Assalamualaikum kepada semua ahli SUHBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD,
Dengan sukacitanya dimaklumkan pihak SUHBAH TRAVEL & TOURS telah dilantik menjadi wakil utama produk AL-QURAN PEN DIGITAL yang amat baik untuk mendalami pembacaan al-Quran.
Keistimewaannya:
1. Hanya diletakkan di al-Quran pada surah atau ayat, maka pen tersebut akan membacakan bacaan ayat, surah tersebut.
2. Mempunyai 7 Qari utama dunia (Syeikh Sudais, Syuraim, Ghamidi, Ayub dan lain-lain). Boleh membuat pilihan qari bacaan.
3. Terjemahan bahasa-bahasa utama (Melayu, English dan lain-lain)
4. Satu-satunya produk Pen Digital al-Quran yang mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (Bahagian kawalan teks al-Quran).
5. Mempunyai doa-doa harian
6. Mempunyai doa-doa Ibadat Umrah dan Haji.
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat ke arah menghayati ilmu al-Quran. Namun demikian produk ini adalah bahan bantuan. Kaedah terbaik mempelajari al-Quran adalah dengan berguru secara talaqqi-musyafahah.
HARGA YANG DITAWARKAN : RM 285.00 sahaja.
(Harga pasaran RM 350.00)
Hubungi SUHBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD (KP/LN: 6367)
Us Khairul : 019-497 8068 / Wan : 017-5543 821
Email: suhbahtravel@yahoo.com

Jul 1, 2011
PAKEJ UMRAH CUTI SEK JUN 2011
Bergambar kenangan di Medan Uhud
Alhamdulillah, PAKEJ UMRAH YAYASA PAKSI dgn kerjasama SUHBAH TRAVEL SDN BHD, dapat dilaksanakan. Semoga semua dikurniakan UMRAH MABRURAH...amin.
Antara pengisian sepanjang pakej:
1. Umrah 5 kali paling minima.
2. Majlis ILMU bersama Dr Zulkifli al-Bakri yang merupakan ahli penasihat Tabung Haji dan AF Us Yusaini.
3. Majlis ILMU bersama dengan Us Jawahir mantan SEK MEN AGAMA TAAYAH, Ipoh Perak dan Imam 1 Masjid Jami' Batu Gajah, Us Tarmizi.
3. Ziarah Madinah dan Mekah sebanyak 4 kali
4. Tadarus al-Quran
5. Puasa sunat
6. Takimat UMRAH di Madinah.
7. Ziarah Bandaraya Jedah.
8. Ziarah Muzium 2 tanah haram dan Ladang Unta
9. Akhirnya peluang ziarah Berunai Darussalam ketika transit di Berunei.
Terima kasih kepada semua jemaah atas keperccayaan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat;
Ustaz Khairul Anuar bn Ahmad
Pembimbing/Penyelaras

May 23, 2011
KEMBARA KESYUKURAN KE BEIJING, CHINA
Bergambar di Tembok Besar China
May 11, 2011
ARTIKEL ZIARAH ULAMA' HIJAZ (SYRIA,JORDAN & MESIR) MAJALAH ANIS
Assalamualaikum wrt wbt peserta Pakej Ziarah Ulama' Hijaz yang lepas;
Adalah dimaklumkan Artikel Pakej akan diterbitkan oleh Majalah Anis setelah melihat keunikan Pakej yang dianjurkan oleh PAKSI dgn kerjasama SUHBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD.
Justeru adalah diharapkan semua peserta pakej jangan ketinggalan untuk memiliki Majalah ANIS keluaran Jun 2011 yang akan berada di pasaran pada mimnggu hadapan.
Salam hormat;
Us Khairul Anuar bin Ahmad;
Penyelaras Pakej

Mar 28, 2011
UMRAH BERSAMA SUHBAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
Alhamdulillah, tanggal 10-22 Mac 2011 seramai 25 peserta telah selamat kembali ke tanah airsetelah menunaikan umrah. Sepanjang temph di tanah suci dipenuhi dengan amal ibadat.
Berikut adalah aturcara sepanjang Pakej:
1. DI Madinah : menziarahi Rasulullah saw, ziarah sekitar bumi Madinah dan sempat ke Bukit Megnet.
2. DI Mekah: Menunaikan umrah rasmi sebanyak 4 x, ziarah Hudaibiyyah dan Ziarah sekitar bumi Makkah al-Mukarramah.
3. Ziarah sekitar Masjidil Haram
4. Lawatan di Bandar Jeddah.
Pakej akan datang ialah cuti sekolah Mei/Jun.
Berikut adalah aturcara sepanjang Pakej:
1. DI Madinah : menziarahi Rasulullah saw, ziarah sekitar bumi Madinah dan sempat ke Bukit Megnet.
2. DI Mekah: Menunaikan umrah rasmi sebanyak 4 x, ziarah Hudaibiyyah dan Ziarah sekitar bumi Makkah al-Mukarramah.
3. Ziarah sekitar Masjidil Haram
4. Lawatan di Bandar Jeddah.
Bergambar ketika di Jabal Rahmah, Padang Arafah
Feb 19, 2011
Mengenang Jasa Anbia
Dapatkan rencana menarik dalam Metro ahad 20.02.2011
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mengenangjasaanbia/Article/artikelMA
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mengenangjasaanbia/Article/artikelMA
Subscribe to:
Posts (Atom)