Malamya terakhir di Jakarta penulis dengan degan dibantu oleh Bapa Sukarno, SU Yayasan PAKSI melaksanakan majlis muhasabah dan sedikit kuiz di Surau yang didirikan Jumaat lantai 2 Hotel Alia Cikini. Alhamdulillah banyak muhasabah dapat diambil. Seterusnya penulis memaklumkan acara terakhir kita di Jakarta ialah ziarah Pusat Kajian Hadis. Keesokannya selepas solat subuh diikuti tazkirah ringkas pihak kami terus ke sahaja ke Pekan Kuningan, Jakarta. Satu-satunya pekan keci di pinggir Jakarta. Alhamdulillah rombongan kami disambut dengan sambutan yang amat meriah. Acara sambutan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Yayasan al-Mughni, persembahan anak-anak sekolah dan pembentangan usaha murni Dr Ahmad Lutfi Fathullah. Sema jemaah amat terpegun dan kagum dengan usaha yang dilaksanakan. Seperkara yang perlu dimaklumlan ialah, dua pelajar belasan tahun (Tahun 5 dan Enam) mencadoi juruacara majlis. Yang amat menarik sekali vahasa yang digunakannya ialah dalam baasa English. Fasih dan petah bercakap. Penulis terus bertanya kepada Dr Ahmad Fathuallah. Difahamkan bahasa dikuasai didalam sekolah Yayasan al-Mughni dan Pusat Kajian Hadis.
Sepanjang persembahan perkembangan usaha yayasan al-Mughni antaranya ialah:
1. Ensklopedia Riwayat Hidup Rasulullah saw.
2. Gambaran syurga-neraka mengikut al-Quran
3. Hadis Sohih Bukhari
4. Ibadat Haji dan Umrah
Semuanya dalam bentuk VCD dan DVD dan dalam prisian komputer.
kami dibawa melawat projek bangunan yang dianggarkan sekitar 2 juta RM yang dalam proses pembangungannnya
Persembahan dari murid-murid Sek Agama Yayasan al-Mughni (Pusat Kajian Hadis) Jakarta.
Jan 31, 2011
Jan 29, 2011
Restoran Makan Siang pada hari ke 4 di Jakarta (Masakan Padang)
Perjalanan diteruskan menerusi jalur PUNCAK ke Jakarta dan singgah makan malam. Masakan ala Padang disediakan. Keesokannya di Jakarta ziarah Masjid Istiqlal. Kami disambut oleh rakan lama saya dan diebrikan taklimat oleh AJK Masjid. Unik dan menarik seni binanya. Mempunyai lima aras tempat solat, menandakan rukun Islam yang lima. Idea senibina dicetuskan oleh Manta residen Indonesia, Sukarno. Sesuai dengan namanya; ISTIQLAL, maka memang merdeka dari segi aktivitinya. Semua kuliah disiarkan secara 'live' di Radio Jakarta. Nasib kami tidak kesampaiana untuk bertemu dengan Imam Besar disebabkan ada acara rasmi yang lebih utama untuk dihadirinya walaupun penulis telah utuskan surat rasmi. Namun kami diberi taklimat yang jelas. Pihak kami YAYASAN PAKSI menyampaikan cenderahati yang merupakan buku karya penulis sendiri.
Seterusnya Peserta di bawa 'putar-putar' Bandaraya JAKARTA dengen melihat beberapa Mercu Tanda Jakarta. Antara yang menariknya ialah berputar dalam Mini Budaya Indonesia dimana didalamnya dibina seni bina rumah mengikut budaya yang pelbagai di Indonesia. Dengan penduduk melebihi ratusan juta, maka berbagai budaya. Melawatinya, maka seperti kita melawati seluruh kepulauan Indonesia. Seterusnya ke Mangga Dua, satu pusat membeli belah terkemuka di Jakarta. Akhirnya pada hari tersebut solat di salah sebuah Masjid berdekatan degan Restoran di Jakarta.
(catatan seterunya ialah Acara Kemuncak; iaitu Lawatan ke Pusat Kajian Hadis)
Menyampaikan Cenderahati Kepada Wakil Imam Besar Masjid Istiqlal, Jakarta
Seterusnya Peserta di bawa 'putar-putar' Bandaraya JAKARTA dengen melihat beberapa Mercu Tanda Jakarta. Antara yang menariknya ialah berputar dalam Mini Budaya Indonesia dimana didalamnya dibina seni bina rumah mengikut budaya yang pelbagai di Indonesia. Dengan penduduk melebihi ratusan juta, maka berbagai budaya. Melawatinya, maka seperti kita melawati seluruh kepulauan Indonesia. Seterusnya ke Mangga Dua, satu pusat membeli belah terkemuka di Jakarta. Akhirnya pada hari tersebut solat di salah sebuah Masjid berdekatan degan Restoran di Jakarta.
(catatan seterunya ialah Acara Kemuncak; iaitu Lawatan ke Pusat Kajian Hadis)
Jan 27, 2011
CATATAN REHLAH ILMIAH JAKARTA
Bersama Sahabat Lama Dr Ahmad Lutfi Fathuallah, Pengasas Pusat Kajian Hadis Jakarta (Kanan Sekali)
Keesokannya (15 Januari 2011), selepas Solat Subuh berjemaah di Masjid berhampiran hotel, para peserta berkumpul di dewan makan hotel untuk sesi Tazkirah. Penulis menghuraikan hadis berkaitan dengan TAQWA, bagaimana untuk direalisasikan semasa dalam musafir.
Selepas kuliah, para peserta sarapan pagi di dewan makan hotel dengan sajian ala Indonesia. Seterusnya chek out hotel untuk aturcara di Bandung. Destinasi pertama ialah di Pasar Atas Bandung. Selama sejam setengah dipertuntukkan masa untuk membeli ole-ole Bandung. Kelihatan banyak barang-barang yang sempat peserta dapatkan. Antaranya baju-baju tenunan Bandung, Cenderahati, Batik dan sebagainya. Seterusnya bertolak ke Tangkuban Perahu untuk menikmati suasana di atas pergunungan. Cuaca amat sejuk disebabkan baru hujan. Kelihatan gunung berapi yang masih berasap. Suasana kurang selesa disebabkan karenah penjual-penjual jalanan....yang merayu dan memaksa peserta untuk membeli barangan jualan mereka. Penulis teah mengingatkan peseta supaya tida tertipu dengan karenah para penjual tersebut. Selesai sesi bergambar, ami bertolak ke Jakarta melalui jalur PUNCAK. Suasana sepanjang perjalanan amat sayup mata memandang dengan dikelilingi suasana gunung ganang yang menghijau. Akan tetapi waktu sudah beransur senja. Kami sampai puncak disambut oleh azan Isyak. Justeru semua jemaah solat Maghrib/Isyak Jama' Taakhir di Masjid PUNCAK. Masjid yang amat indah dengan lanskapnya di kaki bukit. Cuaca amat dingin sekali. Sementara menunggu jemaah muslimat selesai solat, penulis dengan teman setia, Chef Din 'pekena', BAKSO PUNCAK......Amat enak sekali......berbeza dengan bakso di Malaysia. Chef Din selaku Chef berpengalaman tidak lepas peluang menemuramah IBU ANI yang menyediakan menu BAKSO tersebut.
(Catatan akan bersambung)
Jan 18, 2011
CATATAN REHLAH ILMIAH JAKARTA/PUNCAK/BANDUNG
Bergambar di Masjid Istiqlal, Jakarta selepas diberi taklimat oleh AJK Masjid
Menziarahi Pusat Kajian Hadis Jakarta yang diusahakan oleh sahabat saya; Dr Ahmad Lutfi FathuAllah
Alhamdulillah Rehlah Ilmiah PAKSI bersama SUHBAH TRAVEL & TOURS ke Jakarta/Puncak/Bandung dapat dilaksanakan dengan berjaya. Matlamat untuk mengutip ilmu sepanjang perjalanan mendatangkan manfaat kepada peserta. Pesawat Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Sukarno Hatta tepat jam 2.45 pm. Kami dsambut oleh wakil di Jakarta. Perjalanan diteruskan ke Bandung. Di perjalanan peserta menjamu selera di hentian sebelah. Makanan ala Indon disajikan. Jemaah sampai di Hotel Karang Setra Bandung tepat jam 9.00 malam. Taklimat ringkas diadakan untuk memaklumkan aktiviti esoknya. Penulis memaklumkan masjid berdekatan untuk tujuan solat subuh keesokannya.
Catatan akan bersambung.

Aturcara Ziarah Ulama' Hijaz: Mesir
Menyampaikan Cenderahati kepada Allamah Muhaddis Syeikh Mohammad al-Kittani.
Aturcara di Mesir setelah pesawat RJ mendarat di Airport Cairo, kami disambut oleh rakan lama penulis dan terus ke Hotel. Proses pengagihan bilik dilaksanakan dan makan malam masakan Melayu di tingkat 5 hotel. Esokmya selepas Solat Subuh di Majid berdekatan, tazkirah di Dewan Makan hotel dan memulakan lawatan. Antara tempat dilawati hari pertaman ialah Kilang Kristal, Piramid dan singgah di kedai minyak wangi. Makan tengahari di Restoran Arab. Malamnya acara bebas. Keesolannya bertolak ke iskandiriah dan acara kemuncak di sana ialah pertemuan dengan Syeikh Muhaddis Muhammad al-Kittani. Banyak nasihat diberikan. Jemaah dihidangkan dengan nasi susu....enak rasanya. Mankala tempat lain ialah Istana Raja Faruk yang digulingkan, Maqam Loqman al-Hakim, Nabi Denial dan singgah sembahyag di Masjid Imam Busoiri. makan tengahari adalah di Restoran Ikan berhampiran Laut Mediterenian....suasana yang amat menarik. Keesoakan harinya, hari ketiga selepas tazkirah, kami bersiap untuk chek out hotel. Lawatan sebelum ke Airpor ialah Masjid Amr Ibn Asr dan Maqam Imam Syafie dan singgah di hadapan Uni. Al-Azhar untuk bergambar. Seterusnya ke Airport. Flight Kuwait Air berlepas jam 3.00 ptg dan transit di Kuwait selama 3 jam. Perjalanan diteruskan dan selamat tiba di KLIA keesokannya jam 3 ptg. Flight ke A.Setar berlepas jam 7.30 mlm....
Selamat sampai di A.Setar dengan membaa balik seribu satu pengalaman berharga dalam kehidupan.
Pakej akan datang ialah ialah Menyusuri Masjid al-Aqsa dan Sejarah Khalifah Othmaniyah Turki.

Jan 11, 2011
Ziarah Bumi Anbiya' (Jordan)
Besama sahabat seperguruan, Akhi Karim; Syeikh Ibrahim Bizrih dan Syeikh Fuad.....
Acara di Jordan diteruskan dengan menziarahi Ashabul Kahfi, Maqam Abd Rahman Auf dan beberapa tempat bersejarah yang lain. Seterusnya jemaah terus ke Airport Amman untuk penerbangan ke Mesir dengan flight Royal Jordan. Urusan di Airport dimudahkan oleh ALLAH SWT setelah penulis menguruskan chek in secara group. Penerbangan ke Cairo mengambil masa sejam setengah. Flight RJ amat selesa.
# Catatan perjalanan di Mesir akan ditulis selepas ini.

Jan 10, 2011
ATURCARA PAKEJ ZIARAH ULAMA' HIJAZ DI JORDAN
Majlis Bersama Al-'Alamah Syeikh Hassan al-Saqqaf di Amman, Jordan
Perjalanan di Jordan:
Alhamdulillah, setelah Solat Subuh Berjemaah di Masjid berdekatan Hotel, para jemaah diminta berada di dewan makan untuk sesi tazkirah & taklimat. Semua peserta diminta berada di lobo Hotel tepat jam 8.30 am untuk sesi lawatan di Jordan. Tempat pertama lawatan ialah Maqam Nabi Syuaib a.s dan diikuti Laut Mati. Setelah itu peserta di bawa ke gerai cenderahati. Makan tengahari di Restoran Melayu-Arab. Suasana amat indah dengan dikelilingi oleh kebun zaitun dan limau. Selera Melayu kembali semula setelah 5 hari tidak rasa makanan Melayu. Seleas itu ke Masjid Negara Jordan. Akhirnya kembali ke hotel lebih awal untuk bersiap menghadiri majlis ilmu bersama seorang ulama' Jordan yang terkenal....iaitu Syeikh Hasan A-Saqaf. Beliau teleh mengarang kitab lebih dari 100 buah kitab dalam berbagai bidang ilmu. Penulis menjadi pengerusi dan penterjemah. Banyak nasihat yang diberikan dan mendoakan semoga PAKSI terus maju dan diberkati oleh ALLAH SWT.
***rencana akan bersambung disebabkan masa penulis yang agak terhad.
Jan 5, 2011
Catatan Perjalanan Pakej Ziarah Ulama' Hijaz
Hari seterusnya di Damsyiq. Peserta diminta bersama solat Subuh Berjemaah diikuti tazkirah dan taklimat ringkas. Selepas sarapan peserta terus bertolak ke Bosro untuk ziarah kesan kedatangan Rasulullah ke bumi Syam untuk berdagang dan terus ke Nawa untuk ziarah Imam Nawawi r.a. Setelah tahlil ringkas dan berdoa, maka terus makan tengahari untuk segera ke sempadan Syria-Jordan. Penulis telah mengambil visa di K.Lmpur untuk semua peserta. Justeru tidak lam menunggudi sempadan setelah pengalaman penulis berada di Bumi Anbiya beberapa tahun amat mengetahui sikap Arab yang tidak ada sistem dalam pengurusan.
Perjalanan diteruskan dan sampai di Amman. Hotel Rio Jordan tetap kami menginap. Hotelnya bertaraf 3 * agak sederhana. Namun yang penting penulis memilihnya kerana berdekatan dengan Masjid untuk memudahkan jemaah dan solat di masjid.
(Catatan akan disempurnakan kemudian untuk aturcara di Jordan)

Subscribe to:
Posts (Atom)